Tuesday, 19 July 2016

New journey !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

New journey?

Kenapa perlu new journey?

Sebenarnya, New journey bagi penulis bermaksud macam move on la.

Move on dari segi ape?

Dari segi pemikiran. Means positive thinking.
Banyak perkara yang perlu diubah.

Yelah dulu, bila dah berpasangan lupa pasal diri sendiri. Terlalu bergantung kepada pasangan. Memang Boleh tapi jangan sampai hilang keyakinan diri.

So, now belajar daripada kesilapan. Move on, start all over again.

Fisrt thing, kena set kat mind yang I boleh berjaya untuk berdikari.

Memang kena set mind. Baru lah next steps mudah.

2. Be yourself. Sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.


Ok 2 step ni je dulu. Bukan mudah tau nak maintain, nak mend dalam diri kita. Ambil masa jgk. 

Bila dah sebati baru blh ke next step.



BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Assalamualaikum...

Tujuan asal blog ini di buat hanya sekadar untuk luahan hati penulis.
Terlalu banyak yang perlu dicurahkan diluahkan.

ALHAMDULILLAH, dengan menulis sekurang-kurangnya dapat melepaskan beban yang tertanggung oleh hati dan Fikiran.

Semoga kelak, dapat dijadikan pengajaran. Buat diri sendiri.


NFI

Sunday, 26 June 2016

Belajar Mencintai Diri Sendiri


Assalamualaikum...............                                                                          26/jun 16 & 22 ramadhan



Rasa ingin dicintai dan disayangi lumrah manusia

Semua orang ingin rasa dicintai dan mencintai orang lain. Memang lumrah manusia ingin saling mencintai dan dicintai sesama insan. Kita selalu mengharapkan kebahagiaan yang berkekalan dalam perhubungan. Namun kita lupa, dalam satu perhubungan pasti akan ada perpisahannya. Mungkin perpisahan hidup atau mati.

Dan bila terjadi perpisahan, sudah tentu kita berasa sedih dan terluka. Kita terlalu sedih sehingga menjejaskan kehidupan. Sehingga ada yang mengabaikan tanggungjawab, kesihatan emosi terganggu, prestasi kerja menurun.



terlalu berharap dan akhirnya jatuh tersungkur

Kita meletakkan harapan yang tinggi kepada pasangan sehingga kita lupa yang semua telah ditetapkan olehNya. Kadang-kadang kita terlalu menyalahkan diri sendiri diatas perpisahan yang terjadi.

Ya, mungkin kerana silap kita , Tetapi jangan kita terlalu memikirkan punca perpisahan tersebut. Ianya hanya akan menambahkan kesedihan dan kelukaan di hati kita.

Dan kita terlalu berharap agar hubungan dapat diteruskan kembali. Mungkin sesetangah hubungan dapat diperbaiki. Tetapi bagaimana dengan hubungan yang memang sudah berakhir?

Kita berharap agar dia kembali semula. Sanggup merayu, sanggup korbankan segalanya.




lupa untuk mencintai diri sendiri

Janganlah kita terlalu merendahkan ego untuk sesuatu yang belum pasti. Disinilah kita lupa. Lupa untuk mencintai diri kita. 

 "Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya."

Bangkitlah ! Luaskan pemikiran. setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.  Jangan terlalu mengikut emosi dan perasaan kecewa.

Jika rasa ingin menangis, menangis lah sepuasnya jika itu dapat melegakan hati yang kecewa.

Mungkin akan mengambil masa untuk melupakan segala kepahitan ini. Jangan berputus asa,
Tetapkan dalam fikiran, kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah yang sebaiknya.


"Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“
Berhentilah berharap. Jangan ditangisi untuk perkara yang sudah berlalu. Caiyok !





Move on! Cintai diri sendiri !

Ingat kembali diri kita, sebelum kita mengenalinya. Sebelum dia hadir dalam hidup kita,

Bagaimana kehidupan kita?

MOVE ON!

Cara terbaik untuk mendapatkan kekuatan adalah dengan mencintai diri kita sendiri.

Jangan  membebankan diri kita dengan terlalu menangisi perkara yang lepas.

Anggap diri kita sesuatu yang  sangat berharga, Sesuatu yang bernilai yang tak patut kita sia-siakan.



             "Happiness is not a destination but its journey."


Kembalikan tawa kita sebelum dia hadir dulu. Cuba perhatikan orang di sekeliling kita yang selalu buat kita ketawa. Hargai mereka yang sentiasa ada untuk kita.






Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?
“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.
Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.
And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “

Mengadulah kepada Allah SWT

Kuatkan diri untuk bangkit, tersenyum dan kuat.Lapangkan hati dan dada untuk melalui hari-hari yang mendatang.

Jika kadang-kadang masih lagi terasa sedih, menangislah. kerana menangis saja yang mampu melegakan hati yang luka.

ataupun meluahkan kepada orang yang kita percayai dapat melepaskan segala bebanan yang ditanggung.

Sebaik-baiknya, mengadulah kepadaNya. Kerana DIA Maha Pendengar. menangis dan luahkan sepuas-puasnya. InsyaAllah ketenangan yang kita dapat.



 Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “


Serahkan Hati ini kepadaNYA kerana DIA pemilik hati yang sebenar.

sebaik-baiknya serahkan hati kita kepada Allah SWT untuk dijaga. 

DIA pemilik hati yang sebenar. DIA yang menggerakkan hati manusia. 

Sentiasa berdoa dan memohon agar disatukan dengan hati yang sentiasa mnegingatinya.

Amin........










                         Semoga kita ditemukan dengan permata yang sebenar.


mrs.nfi

Sunday, 25 October 2015

the one and only u

bismillahirrahnirrahim...

assalamualaikum..

apa khabar awk disana..
semoga sihat dan sentiasa dalam keadaan tenang..
awak.. bersabarlah dengan semua ujian dan dugaan ni..
saya yakin kita mampu hadapinya..

awak..
andai awak tahu cinta saya hanyalah untuk awak..
tiada siapa yang dapat gantikan tempat awk dihati saya..

awak..
sejujurnya banyak kesalahan yang telah saya lakukan terhadap awk..
seikhlas hati saya ingin momohon kemaafan dari awak..
maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki..
halalkan makan minum saya..


awak..
walaupun kita berjauhan...
saya sentiasa mendoakan awak...
supaya hari2 awak lalui tanpa saya dan dia dipermudahkan..

awak..
saya tak akan menyerah kalah.
saya akan tetap berjuang demi masa depan kita b3..
saya yakin ada hikmah disebalik dugaan yang kita hadapi ini..

awak..
harapan saya agar awak sentiasa sabar dan kuat..
in shaa Allah kita akan disatukan dan bersama kembali..
ambillah masa untuk mencari ketenangan..

love u till jannah ABMH





Friday, 23 October 2015

HARAPAN

Bismillahirrahmanirrahim...

YA ALLAH..
BUKAKANLAH PINTU HATI DIA..
KEMBALI KEPADA KAMI...

YA ALLAH..
SATUKANLAH HATI KAMI..
SATUKANLAH ROH KAMI..
SATUKANLAH JIWA KAMI...
PERMUDAHKANLAH KAMI MELAYARI ALAM RUMAHTANGGA INI..

YA ALLAH..
LERAIKAN SEGALA KEKUSUTAN DIDALAM HATI FIKIRAN SUAMIKU..
LERAIKAN SEGALA KEKUSUTAN DALAM PERKAHWINAN KAMI..
HAPUSKANLAH KEDINGINAN DI ANTARA KAMI BERDUA..

YA ALLAH..
LEMBUTKAN HATI DIA...
UNTUK KEMBALI KEPADAKU..
UNTUK MENYAYANGIKU..
UNTUK MENCINTAIKU..

YAALLAH..
PANJANGKAN JODOH PERKAHWINAN KAMI HINGGGA KE SYURGA..
SEMOGA DIA MENYEDARI CINTU KU TERHADAPNYA..

AMIN..





Tuesday, 20 October 2015

Subhanallah. Aku Mencintainya.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dia suamiku. Dia Pembimbingku.Dia sahabatku. Dia kekuatanku.
YaAllah. Terima kasih Kau telah kurniakan aku anugerah terindah dalam hidupku. Walaupun banyak dugaan melanda diantara kami, aku tetap mencintainya.
Walaupun aku tahu dihatinya tiada lagi ruang untukku, tetapi cintaku terlaklu teguh untuknya.

YaAllah, aku mencintainya keranaMu. Kerana Engkau telah anugerahkannya kepadaku.
Dia yang banyak mengajarku. Erti sebuah kehidupan sebenar. Walaupun banyak pahit dari manis. Kadang2 pahit itulah yang terbaik dalam hidup. YaAllah selagi aku masih bergelar isteri kepadanya, perasaanku cintaku terhadapknya tak akan pernah berubah. Tiap2 hari aku titipkan doa buatnya disana. Supaya dibukakan pintu hatinya terhadap rumahtangga kami. kerana aku masih yakin kami akan bersatu kembali. Dengan izinMu InsyaAllah.

YaAllah, Kau permudahlanlah aku untuk berjuang demi perkahwinan kami dan zuriat yang telah Kau kurniakan kepada kami.

Thursday, 3 October 2013

DOA BUAT SUAMIKU.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

  YaAllah,
 Engkau ampunilah segala dosa suamiku.
Berikanlah petunjukMu 
untuk suamiku supaya dia berubah dan bertaubat kepadamu,
Engkau titipkanlah dan semarakkanlah rasa cinta
dihati suamiku untuk aku dan anak-anak kami,

YaAllah,
lindungilah suamiku dari segala kejahatan, 
anasir-anasir jahat yang ada disekelilingnya
Murahkanlah rezeki kepada suamiku,
Permudahkanlah segala urusan kerja suamiku.

YaAllah,
Berikanlah akal dan fikiran yang baik  untuk dia membuat keputusan dengan betul.
 Supaya tidak menyesal kemudian hari.
Jadikanlah suamiku seorang yang penyayang 
dan bertanggungjawab terhadap keluarga kami.
Brikanlah kesabaran kepadanya tatkala diuji olehMu ya Allah.

Engkau yang Maha Pengasih,
Eratkanlah hubungan kami suami isteri,
jadikanlah aku isterinya yang sentiasa dihatinya.
Berkatilah hubungan kami suami isteri. permudahkan urursan kami.
lebutkanlah hati suamiku, untuk menerimaku seadanya.
Panjangkanlah jodoh perkahwinan kami hingga ke syurga.

dengan izinMu YaAllah, perkenankanlah doaku ini.

Amin Ya rabbal 'alamin

luv u till jannah #abmh