Assalamualaikum............... 26/jun 16 & 22 ramadhan
Rasa ingin dicintai dan disayangi lumrah manusia
Semua orang ingin rasa dicintai dan mencintai orang lain. Memang lumrah manusia ingin saling mencintai dan dicintai sesama insan. Kita selalu mengharapkan kebahagiaan yang berkekalan dalam perhubungan. Namun kita lupa, dalam satu perhubungan pasti akan ada perpisahannya. Mungkin perpisahan hidup atau mati.
Dan bila terjadi perpisahan, sudah tentu kita berasa sedih dan terluka. Kita terlalu sedih sehingga menjejaskan kehidupan. Sehingga ada yang mengabaikan tanggungjawab, kesihatan emosi terganggu, prestasi kerja menurun.
terlalu berharap dan akhirnya jatuh tersungkur
Kita meletakkan harapan yang tinggi kepada pasangan sehingga kita lupa yang semua telah ditetapkan olehNya. Kadang-kadang kita terlalu menyalahkan diri sendiri diatas perpisahan yang terjadi.
Ya, mungkin kerana silap kita , Tetapi jangan kita terlalu memikirkan punca perpisahan tersebut. Ianya hanya akan menambahkan kesedihan dan kelukaan di hati kita.
Dan kita terlalu berharap agar hubungan dapat diteruskan kembali. Mungkin sesetangah hubungan dapat diperbaiki. Tetapi bagaimana dengan hubungan yang memang sudah berakhir?
Kita berharap agar dia kembali semula. Sanggup merayu, sanggup korbankan segalanya.
lupa untuk mencintai diri sendiri
Janganlah kita terlalu merendahkan ego untuk sesuatu yang belum pasti. Disinilah kita lupa. Lupa untuk mencintai diri kita.
"Perpisahan itu kadang-kadang memberi sejuta hikmah disebaliknya."
Bangkitlah ! Luaskan pemikiran. setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jangan terlalu mengikut emosi dan perasaan kecewa.
Jika rasa ingin menangis, menangis lah sepuasnya jika itu dapat melegakan hati yang kecewa.
Mungkin akan mengambil masa untuk melupakan segala kepahitan ini. Jangan berputus asa,
Tetapkan dalam fikiran, kita hanya mampu merancang tetapi perancangan Allah yang sebaiknya.
Berhentilah berharap. Jangan ditangisi untuk perkara yang sudah berlalu. Caiyok !"Kadangkala Allah hilangkan mentari. Kemudian Dia datangkan guruh. Puas kita menangis mencari mana mentari kita. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.“
Move on! Cintai diri sendiri !
Ingat kembali diri kita, sebelum kita mengenalinya. Sebelum dia hadir dalam hidup kita,
Bagaimana kehidupan kita?
MOVE ON!
Cara terbaik untuk mendapatkan kekuatan adalah dengan mencintai diri kita sendiri.
Jangan membebankan diri kita dengan terlalu menangisi perkara yang lepas.
Anggap diri kita sesuatu yang sangat berharga, Sesuatu yang bernilai yang tak patut kita sia-siakan.
"Happiness is not a destination but its journey."
Kembalikan tawa kita sebelum dia hadir dulu. Cuba perhatikan orang di sekeliling kita yang selalu buat kita ketawa. Hargai mereka yang sentiasa ada untuk kita.
Jika dia tersenyum gembira, kenapa kita masih biarkan air mata yang menemani? Kenapa biarkan hidup kita makin suram?
“ When he/ she breaks your heart. He/ she feels nothing. He/ she moves on quickly. Like nothing happened. You feel as if a piece of you is missing. You can’t eat, you can’t sleep. All you do is think about him/ her.Wondering if he’s/ she’s thinking of you. Wondering if he/ she misses you. You’re depressed for weeks, months, sometimes longer. But then you realize what’s important in life.And you decide that you need to worry about yourself. You soon move on. And he’s/ she’s stuck watching you smile and realize. He/ she messed up. He’ll/ she’ll regret everything. “
Mengadulah kepada Allah SWT
Kuatkan diri untuk bangkit, tersenyum dan kuat.Lapangkan hati dan dada untuk melalui hari-hari yang mendatang.
Jika kadang-kadang masih lagi terasa sedih, menangislah. kerana menangis saja yang mampu melegakan hati yang luka.
ataupun meluahkan kepada orang yang kita percayai dapat melepaskan segala bebanan yang ditanggung.
Sebaik-baiknya, mengadulah kepadaNya. Kerana DIA Maha Pendengar. menangis dan luahkan sepuas-puasnya. InsyaAllah ketenangan yang kita dapat.
“ Walau seremuk mana hati dilukai. Bentuklah ia semula. Dan serahkan pada Allah. “
Serahkan Hati ini kepadaNYA kerana DIA pemilik hati yang sebenar.
sebaik-baiknya serahkan hati kita kepada Allah SWT untuk dijaga.
DIA pemilik hati yang sebenar. DIA yang menggerakkan hati manusia.
Sentiasa berdoa dan memohon agar disatukan dengan hati yang sentiasa mnegingatinya.
Amin........
Semoga kita ditemukan dengan permata yang sebenar.
mrs.nfi

